Semua ulasan

Harga bitcoin melonjak ke $5920

Pagi ini dalam bursa Bitfinex di Hong Kong, harga Bitcoin menaik ke $5,920. Kini, BTC/USD di Bitfinex diperdagang pada kadar $5630. Persoalannya kini, kemanakah arah pergerakan harga untuk hari mendatang? Hampir mustahil untuk menjawab persoalan tersebut.

Namun begitu, saya ingin mengemukakan beberapa fakta. Jumlah perdagangan bitcoin dalam bursa mata wang digital pada hari semalam menurut maklumat dari data.bitcoinity.org berjumlah sebanyak 220 ribu BTC:

Hampir 30% dari perdagangan BTC berlangsung dalam bursa mata wang digital Bitfinex (bahagian bar berwarna oren dalam histogram). Sekiranya kita mengandaikan bahawa harga pada mana bitcoin diperdagang semalam adalah $4900-5000, maka jumlah perdagangan dalam bursa mata wang digital adalah disekitar $1 billion dolar AS.

Kini, perhatikan statistik "Jangkaan jumlah transaksi BTC (USD)" dalam laman web blockchain.info:

Menurut maklumat blockchain.info pada 12 Oktober, jangkaan jumlah transaksi bitcoin dalam dolar AS adalah $1.107 billion. Sekiranya maklumat tersebut dibandingkan dengan sumber dari data.bitcoinity.org, boleh disimpulkan bahawa 90% transaksi bitcoin adalah dari bursa mata wang digital. Sehubungan dengan itu, sekiranya anda mempercayai statistik ini, harga buat masa ini adalah disebabkan oleh permintaan spekulatif.

Pada pendapat saya, ini menandakan bahawa peningkatan harga bitcoin merupakan spekulatif, dan dalam situasi sebegini, ramalan arah pergerakan harga untuk beberapa hari berikutnya adalah mustahil. Pasaran paling sukar dijangka apabila ia dikuasai oleh spekulator.

Tulis komen