Kami kini 19 tahun!

Pembetulan dalam pasaran mata wang digital ketika terbitan berita dari China

Pembetulan berlaku dalam pasaran mata wang digital sejak 1 September. Menurut sumber dari Coinmarketcap, permodalan pasaran untuk semua mata wang yang diperdagang secara awam pada 5 September adalah sebanyak $137.9 billion, amat rendah berbanding permodalan pasaran pada 1 September, iaitu sebanyak $176.92 billion. Harga bitcoin diperbetul untuk tempoh ini secara kasarnya dari $5,000 ke $4,000, dan harga ethereum, dari $450 ke $280.

Kebanyakan pakar mempercayai bahawa punca kejatuhan adalah kenyataan dari People’s Bank of China berkaitan ICO. Bank pusat negara tersebut menerbitkan maklumat bahawa ICO merupakan pemungutan dana awam yang tidak disahkan dan meimbulkan syak wasangka melibatkan aktiviti jenayah, seperti penyelewengan kewangan, dan skema piramid. Pelabur mempercayai bahawa kerajaan China akan mula menguji platform untuk ICO. Disebabkan ini, perkhidmatan dua platform ICO dari China, ICOAGE dan ICOINFO, kini tergantung.

Pada tahun ini, 65 ICO di China mengumpul sehingga 2.62 billion yuan dari 105,000 dalam negara. Sehubungan dengan itu, hampir 25% dari semua dana yang dikumpul dalam ICO datang dari pelabur China.

Pada pendapat saya, peristiwa ini mengehadkan permintaan semasa untuk mata wang digital. Dengan andaian bahawa pelabur kebanyakannya menggunakan ethereum untuk membeli token ketika ICO. Sehubungan dengan itu, harga ethereum merudum, dengan kejatuhan hanya dari hari ini adalah sebanyak -12.44%.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas