Kadar bitcoin mencecah $5,000 pada hari sabtu menurut Coindesk

Bitcoin mencecah $5,013.91 pada hari sabtu menurut sumber dari Coindesk. Pada 2 September dalam bursa OkCoin, harga untuk mata wang Yuan China mencecah 32,214.01. Sehubungan dengan itu, harga bitcoin melebihi kadar psikologi $5,000, walaupun buat hanya sementara. Namun begitu, saya tetap ingin mengingatkan anda bahawa terdapat perbezaan harga ketara dalam bursa mata wang yang berlainan.

Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan bahawa nilai transaksi bitcoin harian dalam dolar AS tidak meningkat, menurut sumber dari Blockchain.info. Perhatikan carta dibawah:

Carta menunjukkan bilangan transaksi maksimum melibatkan bitcoin dalam unit dolar AS adalah dalam bulan Ogos (dalam kotak hijau). Sehubungan dengan iu, boleh diandaikan bahawa peningkatan terakhir harga bitcoin sehingga $5,000 mempunyai komponen spekulatif yang penting, sekiranya anda boleh mempercayai statistik, kerana tiada kenaikan bilngan transaksi, atau dalam kata lain, permintaan tidak meningkat. Saya meragui kestabilan peningkatan harga bitcoin yang tajam sehingga $5,000, tetapi seperti yang telah dikatakan sebelum ini, perdagangan melawan trend adalah tidak berbaloi. Pada pendapat saya, adalah mustahil untuk menentukan arah pergerakan harga bitcoin dalam jangka masa pendek.

Pada masa pengarangan ulasan, bitcoin diperdagang pada $4,434, manakala permodalan pasaran bitcoin adalah pada $73.37 billion.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.