Harga minyak boleh menurun lebih rendah dari 70 USD per tong

Harga minyak Brent pada hari ini menurun ke 71.31 USD untuk satu tong, tahap yang ditunjukkan dalam bulan April tahun 2018. punca penurunan harga adalah terbitan laporan rizab minyak mentah dari API semalam, yang menyatakan bahawa rizab minyak Amerika menaik sebanyak 629k tong. Harga minyak kini diperdagang dibawah tahap Fibonacci 76.4 disekitar 71.4 USD untuk satu tong. Harga kini menghampiri garis trend menai (dalam rangka masa harian), yang bermula pada bulan Jun 2017. Garis sokongan tempatan terletak pada tahap 71.05 USD, dimana corak doji "morning star" dapat dilihat, menandakan penerusan pergerakan menaik selepas bar lilin bearish pada 17 April 2018. Tahap sokongan terletak pada kadar 78.97 USD. Saya berpendapat bahawa harga minyak akan terus menghampiri tahap Fibonacci 76.4 (71.97 USD per tong) sehingga hujung minggu. Sekiranya tahap sokongan tempatan ditembusi, berkemungkinan besar harga akan bergerak ke tahap Fibonacci 61.8 (66.75 USD per tong). Sekiranya tidak berjaya, maka kenaikan mungkin akan berterusan. Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa faktor geopolitik masih boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi turun naik harga minyak.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.