Semua ulasan

Analisis harga minyak Brent (17/07/18)

Minyak Brent buat masa kini diperdagang pada kadar 71.88 USD per tong. Perkara ini menandakan pembetulan sebanyak 10% sepanjang minggu lepas.

Dari sudut pandangan analisis grafik, pasangan BRNUSD meneruskan trend menurun dalam rangka masa harian (D1), yang bermula pada pertengahan tahun  2017, hampir setahun lepas:

Walau bagaimanapun, harga kini mengalami pembetulan, dan kadar pertukaran BRNUSD sekali lagi menghampiri garis trend.

Saya juga ingin menyatakan bahawa high paling terbaru (high 2 dalam carta) dalam rangka masa D1 adalah lebih rendah berbanding high sebelumnya (high 1).

Pada pendapat saya, segala maklumat ini menunjukkan bahawa trend menaik dalam rangka masa harian semakin kehilangan momentum, dan sehubungan dengan itu, saya tidak menyarankan agar anda melakukan sebarang pesanan pembelian. Saya sendiri tidak pernah mempertimbangkan untuk membuka kedudukan berlawanan dengan trend.

Tulis komen