Kami kini 19 tahun!

Penunjuk makroekonomi

  1. Apa itu penunjuk makroekonomi?
  2. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) — Gross Domestic Product (GDP)
  3. Kadar LIBOR tiga bulan — 3 month LIBOR range (Switzerland)
  4. Tempahan barangan tahan lama — Durable Goods Orders
  5. Indek penunjuk utama — Leading indicators index
  6. Indeks PMI Chicago (Indeks Pengurus Pembelian) — Chicago PMI index
  7. Indeks persekutuan Philadelphia — Philadelphia Fed index
  8. Indeks keyakinan pengguna — Consumer Confidence Index
  9. Indeks keyakinan pengguna University Michigan — U-M Consumer Confidence Index
  10. Indeks harga pengguna (IHP) — Consumer Price Index (CPI)
  11. Indeks pengeluaran perindustrian — Industrial Production Index
  12. Penggunaan kapasiti — Capacity Utilisation
  13. Pendapatan peribadi — Personal Income
  14. Indeks iklim perniagaan IFO — IFO Business Climate Index
  15. Penunjuk sentimen ekonomi ZEW — ZEW Indicator of Economic Sentiment
  16. Kajian Tankan — Tankan Survey
  1. Kadar faedah rasmi — Official Cash Rate (New Zealand)
  2. Tuntutan awal pengangguran — Initial Claims (Jobless Claims)
  3. Baki pembayaran — Current Account (Balance of Payments)
  4. Produktiviti — Productivity
  5. Pesanan pengeluar — Factory Orders
  6. Kadar faedah rasmi — Official Cash Rate (Australia)
  7. Kadar Repo — Repo Rate (Great Britain)
  8. P endapatan bukan pertanian — Non-farm Payrolls
  9. Jualan runcit — Retail Sales (RS)
  10. Kadar dana persekutuan — Federal Funds Rate
  11. Kadar pembiayaan semula — Refinancing Rate (Euro Zone)
  12. Imbangan perdagangan — Tradе Balance
  13. Kadar pengangguran — Unemployment Rate
  14. Sasaran kadar pinjaman semalaman — Overnight Rate Target (Japan)
  15. Sasaran kadar semalaman — Overnight Rate Target (Canada)
  16. Buku beige — Beige Book

1. Apa itu penunjuk makroekonomi?

Penunjuk makroekonomi adalah statistik ekonomi yang diterbitkan secara berkala oleh agensi kerajaan dan organisasi persendirian. Penunjuk ini membentuk prestasi ekonomi untuk negara atau kawasan tertentu, justeru itu mampu memberi kesan yang ketara dalam pasaran Forex.

2. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) — Gross Domestic Product (GDP)

Negara: AS

Definisi: Keluaran dalam negara kasar (KDNK) adalah nilai jumlah pasaran untuk segala barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sempadan negara untuk tempoh masa tertentu, termasuk pengeluaran oleh syarikat asing yang berfungsi dalam kawasan negara, tetapi tidak termasuk pengeluaran oleh syarikat tempatan yang bekerja di luar negara.

Keterangan: Laporan KDNK merupakan salah satu dari penunjuk paling penting untuk kekuatan ekonomi AS. Ia menunjukkan nilai pasaran untuk semua barangan dan perkhidmatan dalam negara untuk tempoh tertentu. Komponen utama KDNK adalah penggunaan, pelaburan, eksport bersih, dan inventori dan perbelanjaan kerajaan; dengan penggunaan peribadi membentuk dua pertiga dari KDNK AS.

Kesan: Kenaikan dalam KDNK menunjukkan bahawa ekonomi Amerika semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, pelabur akan lebih tertarik dengan ekonomi Amerika maka dolar AS akan meningkat.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: Ramalan KDNK diterbitkan setiap suku tahun (Januari, April, Julai, Oktober) pada hari khamis terakhir (atau hari rabu sekiranya ia merupakan hari bekerja terakhir untuk suku tahun tersebut). Semakan diterbitkan sebulan berikutnya., diikuti dengan angka KDNK sebenar selepas sebulan. Semua laporan KDNK diterbitkan pada 13:30 GMT.

Sumber: Biro Bancian AS — US Census Bureau.

3. Kadar LIBOR tiga bulan — 3 month LIBOR range (Switzerland)

Negara: Switzerland

Definisi: London Interbank Offered Rate (LIBOR) adalah purata kadar faedah yang dicaj oleh bank di London untuk pinjaman dalam CHF selama 3 bulan.

Keterangan: Kadar LIBOR 3 bulan digunakan sebagai kadar rujukan dalam polise kewangan Switzerland. Bank Nasional Switzerland menetapkan tahap matlamat untuk kadar ini dan bersasar untuk mengekalkan kadar LIBOR dalam tahap tersebut. Kadar LIBOR ditetapkan setiap hari pada 11:00 GMT dan dikira sebagai purata 10 sebutan harga terakhir yang ditawarkan oleh penjual.

Kesan: Kadar faedah yang tinggi akan menyebabkan pengurangan dalam pinjaman dan mencetuskan peningkatan dalam penjimatan penggunaan, mengakibatkan kemajuan ekonomi semakin perlahan. Peningkatan dalam LIBOR Switzerland pada kebiasaannya akan menyebabkan kenaikan dalam aliran kapital ke Switzerland dan merangsang mata wang Franc Swiss untuk jangka masa sederhana. Walau bagaimanapun, sekiranya kenaikan kadar faedah tidak disertai dengan peningkatan dalam kemajuan ekonomi, ini mungkin menyebabkan ekonomi terbantut dan akan memberikan impak negatif ke Franc Switzerland untuk jangka masa panjang.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: Setiap suku tahun (Mac, Jun, September, Disember), kebiasaannya pada hari khamis ketiga dalam bulan tersebut.

Sumber: Bank Nasional Switzerland — The Swiss National Bank.

4. Tempahan barangan tahan lama — Durable Goods Orders

Negara: AS

Definisi: Indeks ini menunjukkan jumlah pesanan untuk barangan tahan lama, atau barangan dengan jangka hayat melebihi 3 tahun.

Keterangan: Indeks laporan ini terdiri dari penunjuk utama dalam indutri pembuatan di AS. Kenaikan pesanan bermaksud lebih banyak peluang perniagaan untuk pengeluar pada masa hadapan. Pasaran kerap merujuk indeks ini walaupun kadar turun naik adalah tinggi. Hampir 3/5 dari semua tempahan barangan tahan lama adalah untuk kenderaan, manakala bahan pembinaan, perabot, dan barang keperluan rumah membentuk majoriti baki bahagian lain.

Kesan: Laporan ini mampu mengesan perubahan dalam ekonomi AS untuk 6 bulan berikutnya. Penurunan dalam tempahan boleh menunjukkan kemajuan ekonomi yang perlahan (dan kejatuhan nilai dolar AS), manakala tempahan yang meningkat mungkin mengisyaratkan ekonomi semakin maju (kenaikan nilai dolar AS).

Impak pengaruh: Sederhana.

Terbitan: Setiap bulan, dalam minggu terakhir pada 13:30 GMT.

Sumber: Biro Bancian AS — US Census Bureau.

5. Indek penunjuk utama — Leading indicators index

Negara: AS

Definisi: Indeks ini dipengaruhi 10 penunjuk utama, atau penunjuk ekonomi yang cenderung ke perubahan sebelum ekonomi berubah secara sepenuhnya.

Keterangan: Indeks penunjuk utama memberikan gambaran kesuluruhan ekonomi Amerika, dan terdiri dari 10 komponen:

  • Purata jam bekerja migguan untuk pekerja dalam industri pengeluaran
  • Purata bilangan tuntutan untuk faedah pengangguran setiap minggu
  • Tempahan baru pengeluar untuk barangan pengguna
  • Kelajuan relatif penghantaran tempahan barangan ke syarikat perindustrian oleh penjual
  • Tempahan baru yang diterima oleh pengeluar untuk barangan (kecuali untuk tujuan pertahanan)
  • Bilangan permit bangunan kediaman yang dikeluarkan
  • Perubahan dalam bursa saham
  • Bekalan wang M2 yang berkadaran dengan inflasi
  • Perubahan penghasilan (perbezaan antara kadar faedah jangka pendek dan jangka panjang)
  • Indeks jangkaan pengguna

Indeks penunjuk utama terbukti dalam meramal turun naik ekonomi AS. Pada kebiasaannya, sekiranya indeks jatuh dalam tiga bulan berturut-turut, mak ia mungkin akan diikuti kemelesetan. Sejak 1952 hingga 1998, indeks telah meramalkan sepuluh kemelesetan, dan tujuh daripadanya berlaku. Indeks ini boleh menandakan perubahan dalam perkembangan ekonomi dan juga kemelesetan sehingga 10 bulan sebelumnya, tetapi hanya boleh meramal perubahan ketika tempoh kemelesetan dua bulan sebelumnya.

Kesan: Kenaikan dalam indeks akan memberangsangkan peningkatan nilai dolar AS.

Impak pengaruh: Rendah.

Terbitan: Setiap bulan, pada kebiasaannya pada hari pertama, 15:00 GMT.

Sumber: Dewan Persidangan New York — The Conference Board (New York).

6. Indeks PMI Chicago (Indeks Pengurus Pembelian) — Chicago PMI index

Negara: AS

Definisi: Indeks pengurus pembelian Chicago dihimpun dari kaji selidik pengurus pembelian syarikat di Chicago berkenaan dengan pemerolehan barangan dan perkhidmatan. Pelabur merujuk indeks ini kerana ekonomi Chicago membentuk sebahagian besar ekonomi Amerika.

Keterangan: Indeks PMI Chicago menggambarkan keadaan pengeluaran dalam sektor peribadi Chicago.

Kesan: Bacaan indeks PMI Chicago yang melebihi 50 menunjukkan pertumbuhan industri dan merangsang peningkatan nilai AS.

Impak pengaruh: Sederhana.

Terbitan: Setiap bulan, pada hari bekerja terakhir, 15:00 GMT.

Sumber: Persatuan pengurus pembelian Chicago — The Purchasing Managers Association of Chicago (USA).

7. Indeks persekutuan Philadelphia — Philadelphia Fed index

Negara: AS

Definisi: Indeks ini berdasarkan kaji selidik pengeluar di Philadelphia (AS) berkaitan dengan keadaan ekonomi semasa.

Keterangan: Indeks ini berdasarkan 100 pengeluar di kawasan Philadelphia dan menunjukkan pendapat mereka berkaitan keadaan ekonomi semasa dan pandangan mereka terhadap keaaadan ekonomi untuk 6 bulan berikutnya. Bacaan yang rendah dari 0 mungkin menunjukkan ekonomi AS yang perlahan. Indeks Philadelphia diterbitkan sebelum indeks ISM dan sering kali dirujuk sebagai ramalan kepada hasil indeks ISM.

Kesan: Kenaikan dalam indeks boleh meningkatkan nilai dolar AS.

Impak pengaruh: Rendah.

Terbitan: Setiap bulan, pada hari khamis ketiga, 15:00 GMT.

Sumber: Bank rizab persekutuan Philadelphia — The Federal Reserve Bank of Philadelphia (USA).

8. Indeks keyakinan pengguna — Consumer Confidence Index

Negara: AS

Definisi: Indeks ini berdasarkan kaji selidik yang direka untuk mengukur kadar keyakinan pengguna dalam ekonomi, berdasarkan aktiviti perbelanjaan dan simpanan.

Keterangan: Kaji selidik dijalankan setiap bulan sejak 1967 untuk menentukan sama ada pengguna optimis terhadap keadaan ekonomi. Indeks ditanda aras pada 100 berdasarkan bacaan pada 1985 dan dikemas kini setiap bulan, mengikut kaji selidik yang dijalankan kepada 5,000 keluarga. Peserta disoal berkaitan pendapat mereka tentang keadaan ekonomi semasa, dan pasaran pekerjaan (membentuk Indeks keadaan semasa, 2/5 sebahagian dari CCI) beserta dengan jangkaan mereka tentang keadaan ekonomi pasaran pekerjaan, dan pendapatan keluarga (membentuk Indeks jangkaan, 3/5 sebahagian dari CCI) untuk enam bulan berikutnya. Indeks CCI dianggap sebagai penunjuk utama dalam meramal arah pergerakan ekonomi Amerika.

Kesan: Kenaikan dalam indeks menunjukkan keadaan yang memberangsangkan dalam ekonomi dan juga cenderung ke peningkatan nilai dolar AS.

Impak pengaruh: Rendah.

Terbitan: Setiap bulan selepas hari ke-20 pada 15:00 GMT.

Sumber: Dewan Persidangan New York — The Conference Board (New York).

9. Indeks keyakinan pengguna University Michigan — U-M Consumer Confidence Index

Negara: AS

Definisi: Indeks keyakinan pengguna yang dijalankan oleh Universiti Michigan.

Keterangan: Kaji selidik melalui telefon untuk 500 buah rumah di AS. Kaji selidik terdiri dari dua komponen: sentimen (40%) dan jangkaan (60%). Peserta kaji selidik disoal berkaitan dengan keadaan ekonomi semasa, keadaan ekonomi akan datang mengikut ramalan mereka, dan pandangan mereka tetang keadaan ekonomi peribadi mereka.

Kesan: Kenaikan dalam indeks menandakan kemajuan ekonomi yang meningkat, manakala penurunan indeks menunjukkan kemungkinan kemajuan ekonomi yang perlahan.

Impak pengaruh: Sederhana.

Terbitan: Dua kali dalam sebulan: laporan awal diterbitkan pada pertengahan bulan, dan laporan terakhir diterbitkan dua minggu berikutnya pada 14:45 GMT.

Sumber: Universiti Michigan (AS) — The University of Michigan (USA).

10. Indeks harga pengguna (IHP) — Consumer Price Index (CPI)

Negara: AS

Definisi: Indeks harga pengguna menunjukkan perubahan dalam kos barangan dan perkhidmatan pengguna.

Keterangan: Indeks ini digunakan sebagai ukuran inflasi di AS. Indeks ini memantau perubahan harga pasaran untuk barangan dan perkhidmatan dengan mengira harga barangan tertentu dari satu tempoh ke tempoh seterusnya dalam kawasan yang sama. Barangan yag termasuk dalam pengiraan adalah seperti makanan, pakaian, perbelanjaan untuk pengajian, bil utiliti, pengangkutan, dan lain-lain. Selain menjadi tanda aras inflasi, indeks ini juga digunakan untuk menentukan kadar kemiskinan di AS dan peruntukan wang kerajaan. Indeks ini adalah berdasarkan harga barangan dan perkhidmatan dalam 85 bandar di Amerika, dan tidak mengambil kira diskaun atau perubahan harga yang ketara.

Kesan: Dalam keadaan ekonomi yang normal, kenaikan indeks CPI menyebabkan peningkatan kadar faedah, sekaligus mengukuhkan nilai dolar AS, kerana kadar yang tinggi menjadikan pelaburan lebih menarik.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: Setiap bulan pada hari ke 15-21 (hari selasa atau khamis), tidak lama selepas terbitan indeks harga pengeluar (PPI), 13:30 GMT.

Sumber: Biro statistik pasaran pekerja AS — US Bureau of Labor Statistics.

11. Indeks pengeluaran perindustrian — Industrial Production Index

Negara: AS

Definisi: Indeks pengeluaran perindustrian menunjukkan dinamik pengeluaran kilang, lombong, dan bekalan utiliti di AS.

Keterangan: Indeks ini menggambarkan kekuatan industri Amerika. Dengan ,emgaji perubahan kadar pengeluaran perindustrian, indeks ini memberikan gambaran berkaitan industri AS secara menyeluruh dan membantu pelabur menganalisis perkembangan industri. Pelabur memantau bacaan bulanan penunjuk ini kerana pengeluaran perindustrian membentuk sehingga 40% aktiviti ekonomi.

Kesan: Peningkatan hasil pengeluaran industri mendorong kenaikan nilai mata wang, dan akan merangsang penumbuhan pasaran saham dan menurunkan nilai pasaran bon. Walau bagaimanapun, oleh kerana analisis indeks pengeluaran perindustrian agak mudah dan telus, kesan perubahan ketara dalam indeks dapat dilihat pada sebagai perubahan secara beransur-ansur dalam pasaran terlebih dahulu.

Impak pengaruh: Sederhana.

Terbitan: Pada pertengahan setiap bulan, 14:15 GMT.

Sumber: Rizab Persekutuan — The Federal Reserve.

12. Penggunaan kapasiti — Capacity Utilisation

Negara: AS

Definisi: Indeks ini mengukur kapasiti penggunaan potensi pengeluaran ekonomi negara.

Keterangan: Laporan ini menunjukkan nisbah antara keluaran sebenar dan potensi pengeluaran dalam industri AS. Sekiranya permintaan pasaran meningkat, penggunaan akan turut meningkat. Nilai optimum penunjuk ini adalah 81.5. Nilai yang lebih rendah menunjukkan ekonomi yang perlahan, manakala nilai yang lebih tinggi dari 85 menandakan risiko inflasi melalui kesesakan dan penghantaran barangan yang terhad.

Kesan: Apabila bacaan indeks menghampiri 85, ia dianggap sebagai kemungkinan berlakunya inflasi dan boleh mnyebabkan kejatuhan nilai dolar AS.

Impak pengaruh: Rendah.

Terbitan: Pada pertengahan setiap bulan pada 14:15 GMT serentak dengan indeks pengeluaran perindustrian.

Sumber: Rizab Persekutuan — The Federal Reserve.

13. Pendapatan peribadi — Personal Income

Negara: AS

Definisi: Pendapatan yang diterima dari semua sumber dan sebelum dikenakan cukai.

Keterangan: Penunjuk ini diperoleh dengan menggunakan maklumat pendapatan dari rekod pekerjaan. Ia juga mengambil kira pendapatan dari sumber lain, termasuk sewa, faedah, dividen, dan subsidi kerajaan. Pendapatan peribadai menunjukkan penumbuhan dalam permintaan pengguna pada masa hadapan. Penunjuk diterbitkan seiring dengan indeks perbelanjaan peribadi.

Kesan: Kenaikan pendapatan peribadi boleh mencetuskan penggunaan yang lebih banyak, sekaligus menaikkan nilai USD.

Impak pengaruh: Rendah.

Terbitan: Setiap bulan selepas hari ke-20, 13:30 GMT.

Sumber: Biro Analisis Ekonomi — US Bureau of Economic Analysis.

14. Indeks iklim perniagaan IFO — IFO Business Climate Index

Negara: Jerman

Definisi: Bertindak sebagai penunjuk utama dalam ekonomi Jerman.

Keterangan: Indeks ini berdasarkan kaji selidik bulanan oleh firma Jerman berkaitan dengan keadaan perniagaan semasa dan akan datang di Jerman. Indeks ini bertanda aras pada 100.

Kesan: Kenaikan indeks boleh mengukuhkan mata wang euro.

Impak pengaruh: Sederhana.

Terbitan: Setiap bulan pada 25 hingga 27 haribulan, 08:00 GMT.

Sumber: Institut penyelidikan ekonomi IFO — IFO Institute for Economic Research (Munich).

15. Penunjuk sentimen ekonomi ZEW — ZEW Indicator of Economic Sentiment

Negara: Jerman

Definisi: Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan sebulan sekali untuk mengira sentimen ekonomi dalam kalangan pakar kewangan Jerman.

Keterangan: Penunjuk ini adalah berdasarkan kaji selidik keyakinan pengguna yang dijalankan oleh penganalisis di Jerman. Peserta disoal pendapat berkaitan keadaan ekonomi semasa dan ramalan mereka terhadap arah pergerakan ekonomi pada masa hadapan. Bacaan penunjuk adalah berdasarkan nisbah respon optimis dan pesimis. Sekiranya majoriti peserta adalah optimis, bacaan akan melebihi kosong, manakala sekiranya sebaliknya, bacaan akan rendah dari kosong.

Kesan: Penunjuk ZEW digunakan untuk menilai prospek ekonomi Jerman. Bacaan positif menunjukkan pengukuhan euro.

Impak pengaruh: Sederhana.

Terbitan: Setiap bulan, pada hari selasa yang ketiga atau keempat, 16:00 GMT.

Sumber: Pusat penyelidikan ekonomi Eropah — Center for European Economic Research (Germany).

16. Kajian Tankan — Tankan Survey

Negara: Jepun

Definisi: Indeks ini berdasarkan kaji selidik untuk mengukur sentimen perniagaan Jepun.

Keterangan: Kaji selidik ini dijalankan dari lapan ribu hingga sepuluh ribu ahli perniagaan Jepun dalam trend semasa dan keadaan perniagaan Jepun secara menyeluruh. Peserta disoal tentang jangkaan mereka untuk suku tahun dan tahun berikutnya. Kaji selidik membentuk sebahagian dari perniagaan dalam pelbagai saiz dan memasukkan beberapa firma Jepun terbesar, dan juga syarikat kecil dan sederhana.

Kesan: Bacaan positif indeks menunjukkan kemungkinan pengukuhan JPY.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: Setiap suku tahun; pada awal April, Julai, Oktober, dan pertengahan Disember.

Sumber: Bank Jepun — The Bank of Japan.

17. Kadar faedah rasmi — Official Cash Rate (New Zealand)

Negara: New Zealand

Definisi: Kadar faedah yang dibayar oleh bank di New Zealand dalam pasaran kewangan semalaman.

Keterangan: Bank rizab New Zealand menentukan kadar ini dan menggunakannya untuk memastikan inflasi dalam negara terkawal. Bank rizab menerima deposit pada kadar 0.25% lebih rendah dan memberi pinjaman pada kadar 0.25% lebih tinggi dari penunjuk ini. Keputusan berkaitan kadar tunai ditentukan dalam mesyurat dewan gabenor bank rizab.

Kesan: Kadar faedah yang tinggi mengakibatkan penurunan jumlah pinjaman dan mencetus kenaikan dalam penjimatan penggunaan, menyebabkan pertumbuhan ekonomi terbantut. Kenaikan bacaan indeks ini pada kebiasaannya menaikkan aliran kapital ke New Zealand dan merangsang mata wang dolar New Zealand untuk jangka masa sederhana. Walau bagaimanapun, sekiranya kenaikan kadar faedah tidak disertai dengan peningkatan dalam kemajuan ekonomi, ini mungkin menyebabkan ekonomi terbantut dan akan memberikan impak negatif ke dolar New Zealand untuk jangka masa panjang.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: 8 kali dalam setahun (tarikh penerbitan ditentukan oleh Bank Rizab New Zealand).

Sumber: Bank Rizab New Zealand — Reserve Bank of New Zealand.

18. Tuntutan awal pengangguran — Initial Claims (Jobless Claims)

Negara: AS

Definisi: Bilangan tuntutan faedah dari pengangguran untuk minggu sebelumnya.

Keterangan: Kenaikan tuntutan pengangguran adalah tanda ekonomi yang lemah, manakala penurunan dalam indeks menunjukkan perkembangan ekonomi dan pasaran kerja yang semakin baik. Berikutan dengan kadar turun naik laporan mingguan yang tinggi, kebanyakan pelabur memilih untuk menggunakan purata empat minggu.

Kesan: Penurunan kadar tuntutan awal pengangguran menunjukkan kemajuan ekonomi, dan akan menaikkan nilai dolar AS.

Impak pengaruh: Rendah.

Terbitan: Setiap khamis pada 13:30 GMT.

Sumber: Jabatan tenaga kerja AS — US Department of Labor.

19. Baki pembayaran — Current Account (Balance of Payments)

Negara: AS

Definisi: Indeks menunjukkan aliran barangan, perkhidmatan, pendapatan, dan pembayaran ke luar dan dalam AS.

Keterangan: Kajian perdagangan asing dalam AS. Indeks adalah jumlah baki dagangan (eksport tolak import), faktor pulangan bersih (dividen, faedah), dan pembayaran pindahan bersih (seperti bantuan asing).

Kesan: Lebihan dalam baki pembayaran akaun semasa pada kebiasaannya akan mengukuhkan dolar AS.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: Setiap suku tahun, pada pertengahan bulan, 15:00 GMT.

Sumber: Rizab Persekutuan — The Federal Reserve.

20. Produktiviti — Productivity

Negara: AS

Definisi: Menunjukkan kadar efektif tenaga kerja yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

Keterangan: Laporan ini menunjukkan perubahan jumlah pengeluaran berdasarkan kos buruh dan boleh menjadi penujuk awal inflasi. Semakin tinggi kadar pengeluaran berdasarkan kos buruh, semakin tinggi produktiviti. Indeks ini seringkali dirujuk oleh pelabur, tetapi boleh menjadi mengelirukan. Pemberhentian atau pemecatan pekerja boleh menaikkan produktiviti atas sebab bilangan pekerja yang rendah. Mogok juga boleh mempengaruhi kadar produktiviti.

Kesan: Peningkatan dalam pengeluaran pada kebiasaannya merupakan tanda positif dalam ekonomi Amerika, dan melambangkan dolar AS semakin kukuh.

Impak pengaruh: Sederhana.

Terbitan: Laporan dikemas kini apabila maklumat yang lebih lengkap tersedia. Laporan pertama diterbitkan dalam 40 hari pada akhir tempoh rujukan. Laporan yang disemak akan diterbitkan 30 hari berikutnya. Laporan yang disemak mungkin akan diterbitkan buat kali kedua selepas 60 hari kemudian.

Sumber: Biro statistik pasaran pekerja AS — US Bureau of Labor Statistics.

21. Pesanan pengeluar — Factory Orders

Negara: AS

Definisi: Laporan ini mengukur nilai jumlah dolar untuk tempahan baru, penghantaran, pesanan tidak dipenuhi, dan inventori yang dilaporkan oleh pengeluar tempatan. Bacaan dinyatakan dalam angka mentah dan perubahan peratusan dari bulan sebelumnya.

Keterangan: Penunjuk ini menggambarkan permintaan perindustrian untuk barangan tahan lama (barangan dengan jangka hayat selama tiga tahun atau lebih) dan barangan tidak tahan lama. Kenaikan jumlah pesanan bermakna peningkatan dalam pengeluaran, dan akan memberi kesan positif dalam ekonomi AS. Dengan itu, penurunan dalam jumlah pesanan menandakan pengurangan dalam pengeluaran.

Kesan: Peningkatan dalam pesanan pengeluar menunjukkan bahawa ekonomi semakin berkembang dan akan cenderung ke arah nilai dolar AS yang semakin menaik.

Impak pengaruh: Rendah.

Terbitan: Setiap bulan pada 15:00 GMT.

Sumber: Biro Bancian AS — US Census Bureau.

22. Kadar faedah rasmi — Official Cash Rate (Australia)

Negara: Australia

Definisi: Kadar faedah yang dibayar oleh bank Australia dalam pasaran kewangan semalaman.

Keterangan: Indeks ini secara dasarnya menunjukkan kos pinjaman wang di Australia. Bank Rizab Ausralia menggunakan operasi pasaran terbuka (belian dan jualan sekuriti kerajaan) untuk mencapat sasaran indeks.

Kesan: Kadar faedah yang tinggi mengakibatkan penurunan jumlah pinjaman dan mencetus kenaikan dalam penjimatan penggunaan, menyebabkan pertumbuhan ekonomi terbantut. Kenaikan bacaan indeks ini pada kebiasaannya menaikkan aliran kapital ke Australia dan merangsang mata wang dolar Australia untuk jangka masa sederhana. Walau bagaimanapun, sekiranya kenaikan kadar faedah tidak disertai dengan peningkatan dalam kemajuan ekonomi, ini mungkin menyebabkan ekonomi terbantut dan akan memberikan impak negatif ke dolar Australia untuk jangka masa panjang.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: Pada awal setiap bulan (kecuali Januari), 04:30 GMT.

Sumber: Bank Rizab Australia — Reserve Bank of Australia.

23. Kadar Repo — Repo Rate (Great Britain)

Negara: Great Britain

Definisi: Kadar faedah jangka pendek pada mana Bank England memberi pinjaman kepada bank dan institusi kewangan lain (pada kebiasaannya untuk semalaman). Repo adalah singkatan dari "repurchase agreement" (perjanjian belian semula), kontrak pada mana penjual wajib membeli semula sekuriti dari pembeli pada harga yang ditetapkan untuk tarikh tertentu pada masa akan datang.

Keterangan: Kadar repo merupakan kadar paling penting di GB. Bank England menetapkan tahap 2% sebagai had atas untuk inflasi di GB. Sekiranya kenaikan harga melebihi 2% dalam setahun, Bank England akan menaikkan kadar faedah.

Kesan: Kadar faedah yang tinggi mengakibatkan penurunan jumlah pinjaman dan mencetus kenaikan dalam penjimatan penggunaan, menyebabkan pertumbuhan ekonomi terbantut. Kenaikan bacaan indeks ini pada kebiasaannya menaikkan aliran kapital ke GB dan merangsang mata wang pound untuk jangka masa sederhana. Walau bagaimanapun, sekiranya kenaikan kadar faedah tidak disertai dengan peningkatan dalam kemajuan ekonomi, ini mungkin menyebabkan ekonomi terbantut dan akan memberikan impak negatif ke pound GB untuk jangka masa panjang.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: Setiap bulan, kebiasaannya pada hari khamis pertama, 11:00 GMT.

Sumber: Bank England — The Bank of England.

24. P endapatan bukan pertanian — Non-farm Payrolls

Negara: AS

Definisi: Memberikan gambaran keseluruhan sektor pekerjaan dalam AS, tidak termasuk agrikultur.

Keterangan: Bacaan indeks merupakan jumlah bilangan pekerja dalam negara yang tidak termasuk dalam sektor agrikultur. Laporan diperoleh dengan menjalankan kaji selidik untuk 400,000 perniagaan dan 50,000 rumah, dan akan dikemas kini setiap bulan. Maklumat diselaraskan bersesuaian dengan pekerjaan bermusim atau perubahan dalam formula. Indeks ini merupakan salah satu indeks yang mempengaruhi infalsi di AS dan sering kali dirujuk untuk meramal arah pergerakan harga pasaran.

Kesan: Kenaikan indeks menunjukkan perkembangan ekonomi.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: Setiap bulan, kebiasaannya pada hari jumaat pertama, 13:30 GMT.

Sumber: Biro statistik pasaran pekerja AS — US Bureau of Labor Statistics.

25. Jualan runcit — Retail Sales (RS)

Negara: AS

Definisi: Menunjukkan perubahan jumlah jualan dan belian runcit, menggambarkan corak perbelanjaan pengguna di AS.

Keterangan: Indeks terdiri dari barangan tahan lama (40%) dan barangan tidak tahan lama (60%), dan secara keseluruhan, membentuk dua pertiga dari KDNK AS. Kenaikan bacaan indeks secara umumnya dilihat sebagai tanda kenaikan permintaan sekiranya kenaikan indeks bukan disebabkan kenaikan harga minyak atau makanan.

Kesan: Tindak balas pasaran terhadap maklumat jualan runcit mungkin agak tinggi berikutan dengan kesukaran dalam meramalkan maklumat ini. Jualan yang rendah mungkin menunjukkan kemajuan ekonomi yang perlahan dan kejatuhan nilai USD.

Impak pengaruh: Sederhana.

Terbitan: Setiap bulan pada 13 haribulan, 13:30 GMT.

Sumber: Bira Bancian AS — US Census Bureau.

26. Kadar dana persekutuan — Federal Funds Rate

Negara: AS

Definisi: Kadar faedah antara bank dalam sistem rizab persekutuan.

Keterangan: Indeks ini ditentukan oleh FOMC. Walaupun pulangan alatan kewangan ditentukan oleh pasaran, kadar faedah boleh membantu dalam meramal arah pergerakan harga pasaran. Hubung kait antara bacaan indeks dan pulangan bon amat tinggi kerana kenaikan kadar sering kali mengakibatkan kapital pasaran saham berpindah ke pasaran bon.1

Kesan: Kadar faedah yang tinggi mengakibatkan penurunan jumlah pinjaman dan mencetus kenaikan dalam penjimatan penggunaan, menyebabkan pertumbuhan ekonomi terbantut. Kenaikan bacaan indeks ini pada kebiasaannya menaikkan aliran kapital ke AS dan merangsang mata wang dolar untuk jangka masa sederhana. Walau bagaimanapun, sekiranya kenaikan kadar faedah tidak disertai dengan peningkatan dalam kemajuan ekonomi, ini mungkin menyebabkan ekonomi terbantut dan akan memberikan impak negatif ke dolar AS untuk jangka masa panjang.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: 8 kali dalam setahun, atau sekali dalam 7 minggu, pada kebiasaannya pada hari Selasa, 19:15 GMT.

Sumber: Rizab persekutuan — The Federal Reserve.

27. Kadar pembiayaan semula — Refinancing Rate (Euro Zone)

Negara: Zon-Euro

Definisi: Kadar pada mana bank boleh melakukan deposit semalaman dalam sistem Eropah.

Keterangan: Kadar faedah utama dalam Eropah. Bank Pusat Eropah menetapkan matlamat untuk mengekalkan kadar inflasi dibawah 2%. Sehubungan dengan itu, sekiranya harga pengguna meningkat melebihi 2% setiap tahun, ECB akan bertindak untuk menaikkan kadar faedah.

Kesan: Kadar faedah yang tinggi mengakibatkan penurunan jumlah pinjaman dan mencetus kenaikan dalam penjimatan penggunaan, menyebabkan pertumbuhan ekonomi terbantut. Kenaikan bacaan indeks ini pada kebiasaannya menaikkan aliran kapital ke Zon Euro dan merangsang mata wang euro untuk jangka masa sederhana. Walau bagaimanapun, sekiranya kenaikan kadar faedah tidak disertai dengan peningkatan dalam kemajuan ekonomi, ini mungkin menyebabkan ekonomi terbantut dan akan memberikan impak negatif ke mata wang euro untuk jangka masa panjang.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: Setiap bulan, kebiasaannya pada hari khamis pertama, 11:45 GMT. Taklimat media presiden ECB bermula pada 12:30 GMT.

Sumber: Bank Pusat Eropah — The European Central Bank.

28. Imbangan perdagangan — Tradе Balance

Negara: AS

Definisi: Perbezaan antara hasil import dan export negara.

Keterangan: Indeks dikira dengan menolak agregat import dari agregat eksport. Pelabur juga memantau import dan eksport secara individu mengikut kesan terhadap ekonomi. Sekiranya eksport lebih tinggi dari import, indeks dianggap sebagai mempunyai lebihan perdagangan, manakala sekiranya import lebih tinggi dari eksport, ia dianggap sebagai defisit perdagangan. Imbangan perdagangan yang positif (lebihan) menunjukkan kemasukan mata wang asing ke Amerika Syarikat, mengukuhkan nilai dolar. Sejak kebelakangan ini, AS telah menjalankan defisit perdagangan. Bacaan indeks imbangan perdagangan mempengaruhi ramalan KDNK, kerana import dan eksport memainkan peranan dalam pengiraan KDNK.

Kesan: Pengurangan dalam defisit dagangan AS akan menguatkan USD.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: Minggu ketiga setiap bulan.

Sumber: Biro Bancian AS — US Census Bureau.

29. Kadar pengangguran — Unemployment Rate

Negara: AS

Definisi: Pengiraan peratusan pengangguran dalam tenaga pekerja AS.

Keterangan: Indeks ini dianggap sebagai salah satu penunjuk ekonomi paling penting. Ia dikira setiap bulan dengan menjalankan kaji selidik secara rawak untuk 60,000 rumah dan 375,000 perniagaan. Hanya mereka yang aktif mencari kerja akan termasuk dalam angka bacaan indeks. Kadar pengangguran pada kebiasaannya adalah 4-5%. Gaji meningkat dengan lebih laju pada tempoh kadar pengangguran rendah, mengakibatkan berlakunya inflasi.

Kesan: Apabila kadar faedah dijangka akan menaik, pengurangan dalam pengangguran akan mengukuhkan nilai USD.

Impak pengaruh: Sederhana.

Terbitan: Jumaat pertama setiap bulan pada 13:30 GMT.

Sumber: Biro statistik pasaran pekerja AS — US Bureau of Labor Statistics.

30. Sasaran kadar pinjaman semalaman — Overnight Rate Target (Japan)

Negara: Jepun

Definisi: Menunjukkan kadar faedah yang akan dibayar oleh bank dalam pasaran semalaman Jepun.

Keterangan: Purata kadar faedah oleh Bank Jepun untuk deposit jangka pendek. Dewan gabenor bank Jepun menentukan kadar ini, dan kemudian menggunakan operasi pasaran terbuka untuk mencapai sasaran tersebut.

Kesan: Kadar faedah yang tinggi mengakibatkan penurunan jumlah pinjaman dan mencetus kenaikan dalam penjimatan penggunaan, menyebabkan pertumbuhan ekonomi terbantut. Kenaikan bacaan indeks ini pada kebiasaannya menaikkan aliran kapital ke Jepun dan merangsang mata wang Yen untuk jangka masa sederhana. Walau bagaimanapun, sekiranya kenaikan kadar faedah tidak disertai dengan peningkatan dalam kemajuan ekonomi, ini mungkin menyebabkan ekonomi terbantut dan akan memberikan impak negatif ke Yen Jepun untuk jangka masa panjang.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: Sekali dalam sebulan (dua kali untuk sesetengah kes).

Sumber: Bank Jepun — The Bank of Japan.

31. Sasaran kadar semalaman — Overnight Rate Target (Canada)

Negara: Kanada

Definisi: Kadar faedah untuk deposit jangka pendek dalam pasaran kewangan semalaman.

Keterangan: Ditetapkan di tengah jalur titik 0.5 peratus. Bank Kanada menggunakan operasi pasaran terbuka untuk mengekalkan kadar faedah dalam jalur tersebut.

Kesan: Kadar faedah yang tinggi mengakibatkan penurunan jumlah pinjaman dan mencetus kenaikan dalam penjimatan penggunaan, menyebabkan pertumbuhan ekonomi terbantut. Kenaikan bacaan indeks ini pada kebiasaannya menaikkan aliran kapital ke Kanada dan merangsang dolar Kanada untuk jangka masa sederhana. Walau bagaimanapun, sekiranya kenaikan kadar faedah tidak disertai dengan peningkatan dalam kemajuan ekonomi, ini mungkin menyebabkan ekonomi terbantut dan akan memberikan impak negatif ke dolar Kanada untuk jangka masa panjang.

Impak pengaruh: Tinggi.

Terbitan: 8 kali dalam setahun (tarikh ditentukan oleh Bank Kanada).

Sumber: Bank Kanada — The Bank of Canada.

32. Buku beige — Beige Book

Negara: AS

Definisi: Ringkasan maklumat anekdot yang dihimpun oleh setiap bank rizab persektuan kawasan dari maklumat perhubungan perniagaan, ahli ekonomi, dan pakar kewangan.

Keterangan: Laporan indeks memasukkan komen berkaitan dengan keadaan semasa jualan runcit, penggunaan, pengeluaran, pasaran buruh, hartanah, perbankan, kewangan, agrikultur, sumber tenaga dan semula jadi. Maklumat dalam laporan buku beige dibahagikan mengikut kawasan dan sektor ekonomi.

Kesan: Digunakan untuk menilai kecekapan ekonomi dalam kepelbagaian kawasan berbeza di AS dan untuk meramal keputusan polisi kewangan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada masa akan datang.

Impak pengaruh: Rendah.

Terbitan: 8 kali dalam setahun pada hari khamis, 19:15 GMT, 2 minggu sebelum setiap mesyuarat FOMC.

Sumber: Rizab persekutuan — The Federal Reserve.

Sila ambil perhatian:

  1. Hubung kait ini tidak bersepadanan sejak kebelakangan ini.
Kembali ke atas