Kami kini 19 tahun!

Analisis fundamental

Kekal termaklum berkaitan berita pasaran kewangan

Faktor utama untuk berjaya dalam perdagangan pasaran Forex adalah analisis berita ekonomi dan politik, dengan tambahan statistik untuk ramalan terperinci pergerakan harga alatan perdagangan tertentu. Perkhidmatan untuk menapis dan membekalkan berita penting yang boleh memberi kesan kepada pergerakan harga dalam pasaran Forex disediakan untuk membimbing pedagang membuat keputusan yang betul dalam perdagangan Forex.

Kelebihan berdagang bersama Alpari

  • Berita daripada pembekal
    maklumat terkemuka
  • Akses kepada maklumat kewangan
    24 jam sehari, 7 hari seminggu
  • Percuma untuk pelanggan Alpari
Daftar
  • Kalendar peristiwa dari FXStreet

    Indekx, laporan, komen dan keputusan bank pusat, maklumat penyelidikan, dan banyak lagi: segala yang mencirikan keadaan ekonomi semasa negara peneraju di dunia dihimpun dalam satu kalendar oleh FXStreet. Anda boleh mengubah tetapan kalendar mengikut kemahuan anda agar tidak ketinggalan daripada terbitan berita yang penting.

    Maklumat lanjut

  • Berita dari FxWirePro

    Berita ekonomi masa sebenar dipaparkan secara langsung dalam platform. Hanya maklumat penting sahaja dihimpunkan dan dipadatkan! Tetapan membolehkan anda melaras sistem pemberitahuan tersendiri.

    Maklumat lanjut

  • Penunjuk makroekonomi dan indeks

    Pelajari tentang penunjuk utama pasaran, dengan tambahan tempoh terbitan dan pengaruh. Ini membolehkan anda melakukan ramalan pergerakan harga mata wang.

    Maklumat lanjut

  • Jadual cuti

    Bukan hanya bangsa negara yang tidak bekerja semasa cuti, malahan juga mata wang negara. Untuk meramal kadar turun naik pasaran dan mengetahui sama ada mata wang tertentu tersedia untuk perdagangan atau tidak, jadual cuti negara haruslah diambil kira.

    Maklumat lanjut

  • Kadar faedah

    Kadar faedah yang ditetapkan oleh bank nasional negara tertentu boleh memberi kesan kepada mata wang nasional negara lain. Dengan mengetahui tarikh kemunginan perubahan kadar oleh bank, anda boleh mengelakkan dari berdagang dalam pasaran kewangan dalam tempoh kadar turun naik tinggi yang akan mengakibatkan kenaikan atau kejatuhan kadar.

    Maklumat lanjut

Cara analisis fundamental berfungsi

Berbanding dengan analisis teknikal, analisis fundamental lebih menumpukan kepada faktor luaran tetapi boleh memberi kesan kepada pasaran. Secara khususnya, peristiwa ekonomi dan politik luar dan dalam negara, beserta dengan sfera sosial yang mempengaruhi bidang kewangan.

Pada tahun 2016, keputusan referendum di UK sama ada untuk kekal atau keluar dari Kesatuan Eropah adalah seri bukan sahaja untuk penduduk, malahan juga dalam pasaran. Hal ini mengakibatkan kejatuhan mendadak dalam bursa indeks untuk kebanyakan negara di dunia, termasuk kejatuhan harga saham bank. Selain itu, pound British dan euro bukanlah satu-satunya mata wang dengan nilai yang merudum: mata wang dari negara maju lain juga jatuh, dengan pasaran kontrak niaga hadapan minyak kembali ke trend bearish.

Kejatuhan harga GBP dan EUR dalam keadaan sebegini mungkin boleh diramalkan. Mata wang negara maju lain juga boleh mengalami penurunan nilai, walaupun mungkin kurang ketara. Sebagai contoh, kejatuhan sebanyak 4.6% untuk mata wang Rand Afrika Selatan boleh dijelaskan dengan hubung kait rapat antara ekonomi Afrika Selatan dan British. Mata wang Peso Mexico yang jatuh sebanyak 3.6% juga tidak mengejutkan kerana UK merupakan pengeksport barangan ke Mexico yang terbesar, selain Kanada dan AS. Nilai mata wang negara pengeksport minyak juga menurun apabila harga minyak jatuh.

Sehubungan dengan itu, semua berita boleh dibahagikan kepada dua kategori:

  • Boleh dijangka
    Berkaitan dengan maklumat statistik, dengan tarikh penerbitan yang sudah diketahui terlebih dahulu: keputusan dari mesyuarat bank pusat dan komen dari perwakilan, besrta dengan ucapan oleh wakil rasmi negara.
  • Tidak boleh dijangka
    Perkara yang tidak dapat diramalkan: bencana alam sekitar semula jadi, tindakan keganasan, dan malapetaka lain-lain.

Dengan mengikuti perkembangan berita, anda akan sentiasa kekal termaklum dengan peristiwa semasa, dan kemudian, mempelajari cara melakukan ramalan dengan potensi kesan akibat dari maklumat tertentu yang berkaitan dengan pasaran kewangan.

Kembali ke atas